Polis rempuh perusuh? Apa yang sebenarnya berlaku 28/4
Nik Aziz Nik Mat dalam twitternya menyebut polis merempuh peserta BERSIH 3.0, tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan hakikat yang berlaku. Ekoran itu para pengikutnya mendakwa 2 atau 3 orang "mangsa langgar" cedera parah (malah ada juga mendakwa "mangsa" maut. Namun tidak ada satu buktipun yang ditunjukkan sesiapa kena langgar, sama ada gambar atau video. Yang ada hanya bukti anggota polis yang menjadi mangsa keganasan penunjuk perasaan. Mengapa Nik Aziz hanya menceritakan separuh cerita? Cerita yang betul tidak didedahkan kerana hendak menghalalkan perbuatan jahat peserta BERSIH 3.0
3. Pemandu tercedera (mungkin tidak sedar diri, atau terlalu lemah) tetapi kereta terus bergerak. Perhatikan cermin depan yang pecah dan kon masih atas bonet
4. Kereta menuju orangramai. Perhatikan sisi kereta yang kemik
5. Kereta "melanggar" orang awam. Tidak jelas dalam video atau gambar jika ada sesiapa yang kena langgar
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepda semua yang menyertai BERSIH 3.0 pada hari ini. Saya yakin jika himpunan ini tidak diganggu oleh provokasi pihak tertentu pasti ia akan berlangsung dgn aman tanpa masalah. Lihat sahaja himpunan anti Lynas di Pahang tempoh hari. Apapun tindakan kejam yg berlaku hari ini menandakan kekalahan UMNO/BN semakin dekat. Bila malam semakin pekat, itu tanda fajar semakin dekat!
Nak tahu siapa mangsa yang mati terperosok bawah kereta tu, lihat VIDEO INI
We use cookies and 3rd party services to recognize visitors, target ads and analyze site traffic.
By using this site you agree to this Privacy Policy.
Learn how to clear cookies here