Budget 2024
Perkara bajet2024 yang dibentangkan oleh menteri kewangan negar kita baru baru ini merupakan satu berita yang menarik bukan sahaja kepada golongan pekerja malah kepada umum. Seperti yang kita tahu, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara kita dilanda dengan pandemik virus covid19 yang telah banyak memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara. Jatuhnya nilai mata wang ringgit sehingga nilai terendah dalam sejarahnya, ditambah pula dengan harga barang keperluan yang terus meningkat membuatkan ramai rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Maka, bajet 2024 yang dibentangkan sepatutnya dapat menampung segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Fokus utama dalam pembentangan bajet 2024 adalah kepada aspek pemulihan dan pertumbuhan ekonomi. Ini dapat dilihat berdasarkan peruntukan terbesar yang diberikan terhadap pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas yang menelan kos sehingga beratus-ratus bilion ringgit. Selain itu, usaha kerajaan untuk membendung kadar inflasi dan meningkatkan pelaburan langsung asing ke negara ini juga dilihat sebagai satu langkah yang bijak. Dengan langkah-langkah yang telah diambil, sekali gus diharapkan dapat meningkatkan semula keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara kita.
Bagi golongan pekerja pula, pelbagai inisiatif dan bantuan telah disediakan untuk meringankan beban kos sara hidup yang tinggi. Antaranya adalah seperti pemberian subsidi bagi barangan keperluan asas, penambahan subsidi pengangkutan awam dan penjimatan kos penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, ramai juga pekerja yang mengharapkan agar kerajaan dapat menghapuskan sepenuhnya cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini, inisiatif-inisiatif yang disediakan juga perlulah diselaraskan dengan baik supaya tiada pihak yang tercicir. Di samping itu, kerajaan juga harus memastikan agar peningkatan perbelanjaan tidak akan membebankan generasi akan datang melalui pengumpulan hutang atau peningkatan cukai pada masa hadapan.Kesimpulannya, pembentangan bajet 2024 harus dilihat dari pelbagai aspek dan sudut pandang yang berbeza bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat yang sewajarnya. Walaupun ianya mungkin tidak dapat memenuhi semua harapan rakyat, namun inisiatif dan dasar yang telah disediakan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung sekaligus memacu kembali pertumbuhan ekonomi negara.